nuffnang

Saturday, August 27, 2011

KAD RAYA??

Assalamualaikum and hi readers..


KAD RAYA??SEMAKIN DILUPAKAN.??YE KE?? JOM KITA TERJAH..

Kembali bersama saya si merah untuk menerjah tentang isu yang cukup hot iaitu  kad raya..  isy2 poyo giler kan nak jadi wartawan pagi2 hari ini?? takde la poyo sangat kan..biase2 dok??hehe ok sila ignore kepoyooanku pagi2 ini..ok la hari ini  hari yang ke 28 kita menyambut Ramadhan..Bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita 2 hari lagi..sejujurnya pemergiannmu ditangisi dan akan dirindui oleh seluruh Umat Islam..semoga kita berkesempatan bertemu kembali Ramadhan..amin amin amin.. 

Trend kad raya makin pupus??ye la sekarang kan teknologi hanya di hujung jari anda.. sms jea la..fb ada..tweeter pun ada,blog pun ada dan etc..tapi korang semua percaya tak kalau saya kata penghantaran kad raya lebih berkesan di hati anda??in easy words baru terasa cam nak Raya la..kalau duk perantauan tu,hantar kad raya kat mak abah..memang menangis la kan..tipu la tak nangis..tipu dosa taw...hehe sungguh bermakna..ermm kalau dulu-dulu dengar je  postmen datang kan dan hon hon..hehe lari-lari keluar bukan nak tengok surat tapi kad raya..tengok nama sendiri yang terpapar kat sampul kad raya tu..excited sampai terover..kalau tengok nama sape yang kirim tu,tersenyum sampai ke telinga..so sweet..dulu la waktu budak2..hehehe itu contoh jea k bukan saya taw.bukan..hehe.

Ok la selalunya dalam my family yang dapat kad raya paling banyak mestilah orang ni..alaa orang yang tulis blog ni..isyy saya la..hehe tapi sejak dua tahun kebelakangan ini tahap populariti saya semakin berkurang..di manakah peminat-peminatku??di manakah???menghilang entah ke mana..ok bajet artis pulak dok??hahaha peminat dah tak penting da sekarang..ayat cover la pulak ni..hehe ye la walaupun tak dapat kad raya, Sms sebagai pengganti kad la kan..tapi honestly perasaan teruja tu tak sama seperti dapat kad raya..kalau dalam kad raya tu selitkan duit raya..kiranye 2 in 1 la kan..memang suka giler2..hehehe ermmm  dulu dapat 20 kad raya tu bukan yang paling banyak tapi untuk tahun ini dapat 2 jea kad raya..bunyi kecewa tak??hehe satu daripada Han Ismail dan satu lagi daripada YB Pasir Tumboh .tapi walaupun kawan2 tak bagi kad raya,tapi sejak 3 hari ini berbalas pantun nak raya la through sms ni..kalau dapat sms dari insan -insan tersayang pun ,bahagia hatiku ini..hehe ok kredit habis kalau tak ter reply tu..harap maklum..

Saya pun tak membeli kad raya jugak tahun ini.ye la  guna teknologi la sekarang..lebih cepat and jimat..tapi tidak mustahil kan kalau saya katakan kad raya semakin pupus dan semakin ditelan hidup-hidup arus kemodenan semasa..jadi apa pendapat anda??what say you??hehe  

~Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin untuk semua yang mengenali diri ini..~~    
     
~Wasalam wa maa salamah wa ilal liqa'~

1 comment:

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html